Wednesday, 20 June 2012

DIA memberi atau meminjamkan

Pada setiap ceramah agama yang kita hadiri, pasti penceramah akan menyebut "syukur kehadrat illahi kerana diberikan nikmat, rezeki dan yang semaksud dengannya..."
Kekadang akan muncul dibenak fikiran..jika diberi kenapa diminta kembali? tak mungkin tuhan yang maha pemurah meminta kembali apa yang telah diberikan kepada hambanya..oleh itu, ternyata apa yang kita sangka milik kita sebenarnya adalah pinjaman dari Allah...YA..pinjaman dari Allah.


Makna pinjaman ini ternyata sesuai diamalikan dalam kehidupan kita.....sesuatu yang dipinjamkamkan pasti akan kita pellihara dengan baik. Ini berbeza dengan sesuatu yang diberikan kepada kita. Rasa syukur kita pasti akan bertambah kuat dan bertahan lama kerana kalau diberikan maka rasa syukur hanya di awal saja berbeza kalau dipinjamkan maka setiap saat kita akan bersyukur.



rasa memiliki pun akhirnya lenyap kerana kita sedar bahawa semua hanyalah pinjaman, jadi setiap saat jika dipanggil kembali kepadanya kita akan lebih bersedia....

0 comments:

.

.