Thursday, 21 June 2012

Hati-hati belajar makrifat


Ilmu ini tergolong antara ilmu yang jarang dipelajari dan jarang sekali ada guru yang mahu mengajarkan ilmu ini kepada khalayak umum. Selain itu tidak ramai yang memiliki  Namun tidak kurang yang mencarinya dan kerana kekurangan sumber maka ramai yang tersesat. Mereka yang mendalami dari guru yang tidak arif ternyata lain yang dipelajarinya bahkan silap haribulan boleh jadi kepada kesyirikan.



Sebenarnya ia adalah wilayah pengalaman sehinggakan harus diajar oleh seorang guru yang memiliki pengalaman tentang hal tersebut. Jadi berhati-hatilah anda yang mempelajari ilmu ini. Pastikan dengan jelas dan selidik latar belakang seseorang yang ingin dipilih sebagai guru. Kalau boleh test guru tersebut sama ada sudah benar2 makrifat atau berilmu saja tetapi belum mengamalkan.
 

Kadang-kala kita mudah terpengaruh dengan kehebatan atau kesaktian yang dimiliki guru tersebut. Kita mudah percaya…”ya  orang ini sudah makrifat..masakan dia boleh buat itu..ini..bertemu wali ini, wali itu, di alam ghaib..Ya..pasti inilah guru aku..” jangan mudah percaya..lebih lagi terhadap seseorang yang sering menceritakan kehebatan ilmunya, kerana orang sebegini ilmu ketauhidannya masih belum sempurna kerana masih ada istilah AKU atau dirinya…mudah cerita mindanya belum ditahap ‘zero mind’ iaitu tidak sampai menjelajahi kuasa minda bawah sedar…



Guru yang benar-benar sakti adalah mereka yang sudah tidak mengunggulkan keAKUannya kerana makrifatnya dengan Allah.  Makrifat bukanlah sekadar ilmu namun suatu perbuatan atau tindakan iaitu kesedaran dengan sebenar benar sedar bahawa tiada tuhan selain ALLAH. Jika anda tertarik mempelajari ilmu ini pastikan kuatkan dulu syariatnya iaitu edngan mengakui sepenuhnya bahawa apa yang disampaikan rasulullah dalam Al-Quran dan Hadis adalah benar. Apa yang benar itulah yang benar. yang salah tetap salah, jangan sampai terdetik berbeza dengan syariat yang dipegang. 



Setelah yakin akan syariat yang dipegang mulailah berjalan ertinya mengamalkan dengan keikhlasan kerana seterunya akan bertemu dengan  hakikat dan akhirnya akan jadi makrifat. Dari sini baru dapat dilihat makrifat sebenarnya bukanlah ilmu tapi adalah suatu hasil amaliah. Jika makrifat diilmukan boleh membingungkan, malah akan jadi lebih parah jika diperdebatkan.



Ditegaskan sekali lagi makrifat adalah Wilayah spiritual experience bahkan merupakan muara dari peaks experience. Wilayah pengalaman tidak untuk diperdebatkan tapi untuk dialami bersama. Tidak ada seorang gurupun yang mampu memberikan kemampuan ini , hanya kaedah saja yang dapat diberikan. Masalah dia makrifat atau tidak, ia bergantung kepada Allah.



Allah lah yang memperkenalkan dirinya kepada hambanya yang dikehendaki untuk memakrifati DIA.
Semoga kita diberi kemudahan Allah untuk mengenalinya..Amin.

Inspirasi dari setiyo purwonto

3 comments:

Que Achmad said...

Mmg entri yg baik...

Setiyo Purwanto said...

alhamdulillah, salam silaturahmi

Anonymous said...

Adakah kaedah belajar makrifat ini lain guru lain caranya tapi 1 jalan.. contoh ada penyucian, dan galang gantinya.. maaf

.

.