Tuesday, 19 June 2012

Tujuan hidup dan Cara hidup

Tujuan hidup itu harus jelas , dalam beragama islam kita harus boleh membezakan di antara tujuan hidup dan cara hidup. tujuan hidup kita satu yaitu kembali kepada Allah sedangkan caranya sangat banyak salah satunya adalah menolong orang lain.



kalau tujuan hidup kita untuk menolong orang lain maka jelas mesti jauhkan, bahkan kita menduakan (syirik) Allah dengan yang lainnya yaitu menolong orang lain. Dalam hal ini kita harus tegas bahwa menolong adalah perbuatan baik sedangkan kembali kepada Allah adalah “untuk apa kita hidup”. Hal inilah yang membezakan antara kita dengan umat lainnya misalnya umat nasrani yang merupakan ajaran kasih sayang, jadi kehidupannya memang di tujukan untuk kasih (memberi kepada orang lain).

Baik kita dalam beragama harus jelas tujuan hidup dan tentunya selain jelas mesti juga benar. misalnya kita menetapkan tujuan hidup untuk berdakwah, untuk berjihad dan lain lain maka sebenarnya kita sudah salah dalam memiliki tujuan hidup. Meski nampak benar dan baik  tapi hal tersebut sudah memesongkan kita dari arah yang sebenarnya dalam hidup yaitu kembali kepada Allah.

kita akan paham dengan kenyataan ini jika kita sudah boleh dan tahu membezakan mana tujuan hidup dan mana cara hidup, yang penting, cara jangan dijadikan sebagai tujuan. seperti contoh kita ke suatu tempat menaiki kereta, maka jangan jadikan naik kereta tersebut membuat kita lupa akan tujuan kita iaitu ke tempat tersebut. Jangan terlena dengan keasyikan naik kereta sehingga lupa akan tujuan.


4 comments:

Administrator said...

Kak ros tgh tengok la ni..

Que Achmad said...

Alhamdulillah, ilmu yang bermanfaat

usin said...

maaf admin, saya berbaik sangka ini adalah ilmu yg baik. namun ada sedikit kemungkinan boleh menyebabkan kekeliruan. harus difahami bahawa membuat kebaikan telah menjadi amalan ummah yg beragama khususnya penganut Islam. namun kerana pertikaian istilah 'tujuan' dan 'cara', menyebabkan timbul keraguan dlm diri. "adakah amalan baik aku selama ini menyimpang dari landasan agama aku kerana tak faham 'tujuan' atau 'cara' hidup". besar implikasinya tuan admin....hrp boleh ambil perhatian

roym as said...

Membezakan antara tujuan dan cara bukan untuk memberi kekeliruan..ia semata-mata hanya untuk membantu kita memahami kerana apa kita diciptakan? kerana apa kita dihidupkan? kerana apa juga kita ada seperti kita hari ini?? seperti yang dinyatakan dalam perenggan yang akhir telah menerangkan maksud artikel ini..Allah itu maha adil lagi bijaksana..janganlah fikiran kita dikuasai perasaan was-was..yang penting niat kita ikhlas, insyaallah kita direhdoi..mungkin artikel dan ulasan ini terlalu berat untuk sesetengah orang..tetapi percayalah apabila kita kembali kepada tujuan hidup yang betul insyaallah tiada lagi kekeliruan tentang cara mana kita melaksanakan tujuan kita tersebut..wallahualam

.

.