Sunday, 24 June 2012

Kurik Kundi

Salam all..

Petang tadi lepas balik dari main gym semasa dalam kereta Tinta merah terdengar DJ radio kata lagu yg selepas ini akan dedengarkan ialah lagu Dato'Siti Nurhaliza, Kurik Kundi...mula-mula mmg x amik pot pn sbb tgh rancak bersembang....

Sebelum lagu tu dimainkan Tinta Merah ckp lagu ni sungguh unik, bukan dari segi alunan je tapi lirik nya sarat dengan mesej keindahan kaum di Malaysia...serious teman x tau rupanya lagu nie dinyanyikan dgn telor berbeza beberapa negeri di Malaysia... lepas dihayati, lagu ni mmg best...teman boleh bagi 5 star untuk lagu ni, sampai di rumah teman terus google lirik lagu ni sambil dengar berulang-ulang...tetiba jadi gian plak dengan lagu ni...indahnya bahasa dia, lirik pn mantap... kredit utk Pak ngah & Nurul Asyikin..moh kita dengar sama-sama.....



http://www.youtube.com/watch?v=qacnDmOll10&feature=channel&list=UL

nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh...oh..
kalau rendah masih jadi intan

(solo):
teratak mahligai bak dipayung teduhnya
bila budi melingkar anak asuhan
adat yang lama berbudi berbahasa
akar kehidupannya

(ramai):
yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa

oh..oh..oh...oh
pantun lama tinggi kiasannya

(solo):
berpantun seloka sambil menari canggung
serentak melangkah rentak timur diarak
gurau senda
sopannya dijaga
sepakat makin kukuh terikat

(loghat utara)(ramai):
hang dok pi hang dok mai
lagu tu lagu mana
pi sini pi sana depa menghela sakan
awatlah dok kalut megah condong ke barat
mai kita..
(solo):
pakat tarik ramai ramai
biar ke timur condongnya....(tu kah)

nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh..oh..
kalau rendah masih jadi intan

(Perak)(solo):
ada...O...ada..E....bunyinya tidaklah serupa
erti tidak berbeza
(ramai):
betoi yong betoi sungguh
betui ape dikate
(solo):
selembut tarian hoi...
nak muda berlotah
tutur bahasanya
(ramai):
maghi yop maghilah yong
maghi kita memikio
parit dengan kuala
cakap tidak serupe....(ateh)

(solo):
dihitung beratus-ratus bilangan
digali beratus-ratus terpendam
di lubuk yang mana,
tak terjangkau ingatan
makin dibongkar makin banyak yang terpendam

(ramai):
di sini ibunya
tersurat kurik itulah kundi
tertulis merah itulah saga
saga dalam lagu pada indah syairnya
kundi dalam tarian indah lenggok tarinya
aduhai indahnya

(Negeri sembilan)(solo):
mana usang diperbaharui
mana lapok hai dikajangi
mana elok dipakai ondeh dipakai
kalau singkat cantik manis
disambungkan
kalau panjang cantik manis
minta dikerat...(yo lah)
(ramai):
yo sungguh yo bonar
kato sungguh dikato
(solo):
muafakat ya tuan
ibu adat ya ondeh tidak dilupa

tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
pohon tidak berbuah
tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
bagai pohon tidak berbuah

(ramai):
yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya

(Kelantan) (solo):
halus manis hai bila berkata
hai lapik berkias
molek sungguh lah wei
santun lakunya wei merendah suara
bagai berpayung wei rasa teduhnya
(ramai):
teghtek teghning oghe kito
hok tu keno jago
jange sape berlete kale
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe

(Sabah) (solo):
membubutlah bayu
lalu limpas siring semalu
mengalai bagai tari sesuku
tari sesuku

(Sarawak) (ramai):
selembut madah begitu taghi
sek ada sakit ghasa di hati
kame' nyambut madah tuan hulurkan
kita' nyambut madah kame' tuturkan

(ramai):
nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh...oh
kalau rendah masih jadi intan

yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya

1 comments:

.

.