Tuesday, 24 July 2012

Arsenal VS Malaysia Malam Ini

KELAB elit Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal bakal menguji taring skuad Harimau Malaya apabila kedua pasukan bertembung pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.





The Gunners menyenaraikan 24 pemain bagi pertemuan itu, namun tanpa kehadiran kapten berbisanya, Robin Van Persie dan Tomas Rosicky serta Lukas Podolski yang tidak menyertai jelajah ke Malaysia kali ini.

Jika pada tahun lalu, anak buah Datuk K Rajagobal terpaksa akur tumpas 0-4 kepada Arsenal hasil jaringan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky.

Kini, pemain kebangsaan tidak rela diaibkan buat kali kedua di tangan pasukan sama, walaupun kali ini terpaksa beraksi dalam bulan Ramadan.

Namun begitu, masalah kecederaan menimpa pemain utama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Syakir Md Ali sedikit merencatkan persiapan kem negara dalam menyenaraikan skuad mantap.

Mampukah pemain Rajagobal bangkit menyajikan saingan terbaik untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri, sekali gus mengelak daripada dibolosi dengan margin besar.

Sandaran utama pastinya dipikul Norshahrul Idlan Talaha dan Rozaimi Abdul Rahman bagi merobek ego bekas juara EPL sebanyak 13 kali itu.

Kali terakhir Malaysia menundukkan Arsenal pada 13 Mei 1975 dengan kemenangan 2-0, di Stadium Merdeka.
P/s : Pilih 1 antara 2....tarawikh atau bola...hehehehe, harap anda dapat buat pilihan yg bijak....hahahha

0 comments:

.

.