Wednesday, 18 July 2012

Bogel bersama Babi

Miru Kim ‘meluangkan masa’ 104 jam tinggal bersama dua ekor babi di dalam bilik di bahagian depan sebuah galeri, Art Basel Miami 2011
Para pengunjung boleh melihatnya berbogel bersama babi melalui sebuah tingkap selama empat hari dia tinggal, makan, dan tidur bersama dua ekor babi di dalam sebuah bilik kaca.

Kim, yang juga merupakan anak kepada seorang ahli falsafah Korea itu mula terkenal sejak dia mengambil gambar-gambar bogel dirinya sendiri di tempat-tempat ganjil seperti kilang usang, terowong, dan jambatan.
Ujarnya, kerja yang dilakukan itu membantunya untuk mengatasi ketakutannya — “Ketakutan terhadap kegelapan, bahaya dan ketakutan terhadap kekotoran”.
Dia mendapat idea untuk mengadakan pameran seni yang diberi nama “I like pig and pig like me” (Saya suka babi dan babi suka saya) itu selepas membaca sebuah buku seorang ahli falsafah, Michel Serres.
 
Bekas pelajar perubatan ini sepatutnya lebih bijak meletakkan dirinya seiring dengan keilmuannya, tetapi malangnya tidak bagi Kim.
P/s : contoh akal yang diletakkan kat kepala lutut...

1 comments:

Herma Julianny said...

yuckssss!
Jangankan babi, binatang lain pun kita tak sanggup nak berbogel.
Apatah lagi babi!

.

.