Monday, 23 July 2012

Dirompak di premis makanan segera


Sepasang suami isteri bersama adik iparnya di ugut untuk dipukul dan dipaksa menyerahkan barang berharga kepada seorang lelaki berbangsa India.

gambar hiasan

Kejadian berlaku di sebuah  Premis makanan segera di MRR2 ketika mangsa menanti waktu berbuka puasa jam 7 petang semalam. Mengikut kejadian, seorang lelaki india telah membuat kacau di tingkat atas premis tersebut sebelum meluru ke arah mangsa dan menuduh mangsa mengganggu teman wanitanya. Lelaki yg tidak dikenali mangsa tersebut kemudian memaksa mangsa membuka dompet sebelum merampas wang mangsa dan telefon bimbit Samsung galaxy note milik isteri mangsa.

Walaupun mangsa cuba mempertahankan barangnya dan cuba mengambil kembali hp yang dirampas, namun lelaki tersebut telah mengugut mangsa untuk memukulnya dan menggugut akan memanggil orang2nya di bawah premis untuk memukul mangsa. Walaupun berjanji untuk datng semula dan mengembalikan hp isteri mangsa, namun nyata mangsa tertipu dengan janji lelaki tersebut dan meminta mangsa mengambil nya di jalan Bandar.  Kerana tidak mahu mengambil risiko, mangsa emmbuat laporan polis di balai Pandan Indah.

Mangsa juga kesal kerana ketika kejadian tersebut pekerja  dan orang ramai hanya melihat sahaja situasi yang dihadapi mangsa.

P/s: Masyarakat kini x sama mcm org dulu2..skrg prinsip dia kau..kau...aku..aku...

0 comments:

.

.