Sunday, 22 July 2012

Exige S model sport baru Lotus


Pembuat kereta yang berpangkalan di Norfolk, Group Lotus, mempamerkan kereta sport baharu, Exige S, serta membuka bilik pameran Lotus Originals di tengah-tengah kawasan West End di sini awal minggu ini.

Kereta baharu itu menjadi hiasan utama di bilik pameran canggih, yang meliputi kawasan seluas 4,800 kaki persegi di bangunan yang pernah menempatkan Cafe Royal yang terkenal tidak jauh dari Piccadilly Circus.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata coupe dua tempat duduk berkelajuan 170mph, dengan enjin V6, akan mula dikeluarkan di ibu pejabat syarikat di Hethel, Norfolk, lewat bulan ini.

Kereta sport dan bilik pameran itu merupakan pengumuman utama pertama sejak syarikat itu diambil alih oleh kumpulan automotif Malaysia DRB-HICOM awal tahun ini. Unit DRB-HICOM, Proton, membeli Group Lotus pada 1996.

Mohd Khamil mengulangi dan memberi jaminan bahawa DRB-HICOM dan Proton komited sepenuhnya dalam meningkatkan tahap Lotus dan memastikan masa depan yang lebih cerah.

Bercakap kepada media Malaysia mengenai lawatan tiga hari ke kemudahan Lotus di United Kingdom, katanya, Exige S akan dijual di Malaysia seawal tahun ini dengan pembukaan bilik pameran pertama Lotus dalam negara.

Berharga lebih daripada 52,000 paun sterling di UK, Exige S ialah daripada barisan keluarga Exige Lotus.

P/s: Xde harga diskaun ke utk rakyat malaysia..??

0 comments:

.

.