Saturday, 7 July 2012

FAM rela diperdaya?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung dakwaan Myanmar menurunkan pemain lebih umur pada pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, yang berakhir Selasa lepas di Yangon.
Malaysia membuat bantahan awal sejurus tamat perlawanan terakhir kumpulan G pusingan kelayakan kejohanan itu yang menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee tumpas 1-2 kepada tuan rumah Myanmar.

  
Hasil pemerhatian dalam laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan kelab Yangon United serta laporan media yang mendapati Myanmar membariskan empat pemain melebihi usia 22 tahun iaitu penjaring dua gol Myanmar ketika menentang Malaysia, Kaung Si Thu (25 tahun), kapten Kyaw Zayar Win (24), Ye Zaw Htat Aung (26) dan Thet Naing (23).

  
 FAM berkata mereka  tidak boleh membuat bantahan semata-mata menggunakan bukti yang disiarkan media.

P/s : Kalau kes-kes dalaman cepat je tindakan dia....

0 comments:

.

.