Saturday, 21 July 2012

Halang Akses Porno Sempena Ramadhan


Kerajaan Indonesia menghalang akses kepada 1 juta laman web dewasa mengandungi unsur-unsurpornografi sempena ketibaan bulan Ramadhan 2012. Tindakan kerajaan Indonesia itu diberitahukepada umum oleh Tifatul Sembiring, Menteri Komunikasi dan Teknologi Informasi Indonesia (dalam gambar di atas).


 Bagaimanapun halangan itu cama dikuatkuasakan sepanjang bulan Ramadhan sahaja, apabila Syawal menjelang dan Ramadhan berakhir halangan kepada laman-laman pornografi tersebut akan ditarik balik. Pada tahun lalu kerajaan Indonesia pernah memberi amaran keras kepada Research In Motion, pengeluar telefon pintar BlackBerry kerana membenarkan pengguna mereka mengakses kandungan laman web pornografi melaui peranti BlackBerry, akhirnya Research In Motion memberi respon pada amaran kerajaan Indonesia dengan mengeluarkan kemaskini terbaru mengandungi filter khas bagi menghalang akses pemilik Blackberry ke laman dewasa di ruang internet Indonesia sepanjang bulanRamadhan.

p/s: Alangkah indahnya jika larngan seumpama ini dikekalkan dan patut dilaksanakan juga di negara kita...

.

.