Saturday, 28 July 2012

Hasan Ali Kembali dengan RTM

alt
KUALA LUMPUR 27 Julai - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kembali berkhidmat sebagai Pengacara sebuah Forum berkaitan Islam menerusi Forum Khas : Ehya' Ramadhan yang telah disiarkan di TV1.
Forum yang dipaparkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam itu bakal berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Ramadhan dengan tajuk perbincangan berkaitan Islam khususnya mengupas aspek kerohanian ibadah dalam mengimarahkan bulan tersebut.
alt
Rancangan ini telah membuka tirai pada malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah menjemput 2 panel khas iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi & Prof. Dr. Muhaya Hj Mohammed membincangkan tajuk 'Ramadhan Pembinaan Sahsiah'.-klpos

P/s: Kalau dulu Hasan Ali terkenal sebagai pengacara program Forum Perdana Ehwal Islam..ingat tak??

3 comments:

Kaki Sembang said...

ingtlaa..hassan ali akidah jati

roym as said...

hehehe

Tinta Asyraf said...

Hassan Ali Jati Akidah (HAJA)

.

.