Thursday, 19 July 2012

Hati2 dgn geng Samun & Samseng di Highway

Berhati-atilah korang semua bila memandu di LEKAS lebih2 lagi selepas jam 12 malam..seperti yg diceritakan oleh Saudara Syaqrani , pengalaman ni memang menakutkan kalo terjadi kat sesape je...
Kalo ikut pengalaman aku pn pernah kena kes lebih kurang camni, tapi bukan samun...ia lebih kepada samseng jalanraya..

Terjadi masa dalam perjalanan ke Kuala Kangsar, ketika di Bidor, sebuah bas cuba pintas kereta aku dan dalam keadaan beriringan (aku di kiri dan bas di kanan), sebuah kereta Toyota vios (aku dapat no plat dia) yg laju dari arah belakang juga cuba memotong. Oleh kerana bas memotong dalam keadaan perlahan, kereta tersebut beralih di lane kiri dan mengekori rapat kereta aku dgn harapan aku melajukan kenderaan supaya dia dapat memotong dari kiri.

Melihat situasi ni, aku x pedulikan kereta tu dan dgn selamba memandu dalam keadaan biasa. Kemdian dia kembali semula ke lane kanan setelah bas dapat memintas ke depan. Mungkin kerana bengang dgn tindakan aku, secara tiba2 kereta celaka tu pecut, pintas kereta aku dan terus masuk ke laluan kiri secara membuta tuli lalu membrek secara mengejut bila betul2 dh kt depan kereta aku.Tindakan dia menyebabkan aku terpaksa jugak membrek mengejut dan hampir hilang kawalan.

Wah mamat ni dah main kasar, tak boleh jadi ni.... tak fikir panjang dh aku terus pecut nk kejar balik kereta tu dan bila hampir untuk memotong sekali lagi kereta puaka tu cuba himpit aku ke sebelah kanan pulak. Camtu jugak la bila aku cuba pintas dari belah kiri..keadaan sama dia buat...nk tak nk aku terpaksa mengekor dia di belakang dlm keadaan perlahan sbb kereta tu dipandu dlm kelajuan 20km jek....

Waktu ni mmg aku x fikir ape dh, segala kayu belantan, stereng lock, terus aku capai dan stanby kalau2 pemandu puaka tu cuba main kasar...dia ingt aku adik2 dia nk main2 camtu....dia buat aku hampir  lost control sblm tu pn dh buat darah aku menyirap...

Setelah hampir 5 km dia cuba permainkn aku, dia akhirnya memecut tinggalkan aku...aku pulak selamat ke destinasi....

Dari semakan dgn JPJ, kereta tu didaftarkan atas nama syarikat...nasib baik kau....kalo tak, tau la cmner aku nk repeat balik.....

P/s: Kena buang rasa takut, tenang dan cuba motivasikn diri utk berani dlm keadaan camni.....





0 comments:

.

.