Sunday, 29 July 2012

Hudud : Seng Giaw pula sekolahkan PAS

alt

Hasrat PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr.Tan Seng Giaw.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen. 
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (PAS) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya kepada Bernama.
Malah, katanya hingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS Rabu lalu yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP. 

Menurut Tan, isu hudud adalah satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan. 
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.-Klpos

P/s: Realitinya, rakyat Malaysia mula sedar akan halangan yang wujud dalam usaha murni PAS laksanakan hudud...selain halangan seperti yg disebutkan, halangan utama adalah toleransi dari komponen Pakatan Rakyat itu sendiri...PAS patut bergerak sendiri untuk laksanakan hudud...tinggalkan PR adalah jalan terbaik...jika tidak parti ini akan dilihat seperti diperlekeh oleh rakan dalam PR itu sendiri...Kenapa PKR tidak pernah beri komen berkenaan hasrat murni PAS laksanakan hudud?? Anda sendiri tahu jawapannya...

0 comments:

.

.