Thursday, 26 July 2012

Ini hanya gosip biasa -Irma Hasmie

"Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.
Saya tak simpan rahsia apa pun pada masyarakat apabila orang cakap saya sengaja simpan rahsia sebab berkahwin dengan lelaki berstatus duda. Itu bukan niat saya.
Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain," katanya.
Menurut Isma, banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan suaminya.
"Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan. Mak mentua (Datin Azizah Osman) menangis kerana risau keadaan saya. Saya cakap saya tak apa-apa sebab dah 10 tahun terlibat dalam industri. Saya anggap gosip ini biasa saja.
"Suami rasa bersalah pada saya. Dia risau, sebab dia, saya yang terkena. Dia juga hairan, kenapa orang tidak bangkitkan isu itu masa mula-mula dulu. Tapi, sekarang dia faham. Saya kasihankan dia, sebab lepas ini bila ada gosip membabitkan keluarga, kalau boleh saya taknak sentuh langsung," ujarnya.-klpos
P/s: Caya la irma hasmi...tetap cool, cekal dan tabah...camni la contoh artis yg boleh dijadikan ikon..

1 comments:

Herma Julianny said...

sy suka dengan irma hasmie ni...
semoga dia berbahagia bersama suami tercinta...=)

.

.