Mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang
Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti
iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?
Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John
Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang
profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs
mempunyai kecerdikan turun temurun.
Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang
'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak
daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib
Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan?
Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.
Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs
kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu
adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs,
Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson
adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs!
Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara
Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.
Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa
yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat
akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak
itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan
dididik dalam suasana yang tidak Islami.
Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim
yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius
seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim
lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan,
al-Jazari, dan sebagainya.
P/s: Islam dia atau tak tak penting sgt bagi kita...itu antara dia dgn penciptanya...yg penting kita yg sedia Islam ni ape sumbangan yg boleh ditunjukkan bagi menggagumi kehebatan Islam???
Kita Hanya Akan Dikenang Bilamana Sudah Tiada
6 hours ago











0 comments:
Post a Comment