Sunday, 22 July 2012

Karpal Tetap Tolak Hudud


Kesepakatan dalam sesebuah kesatuan adalah suatu perkara yg amat penting dalam sesebuah penyatuan...Pengerusi DAP seharusnya lebih bertolak ansur dalam isu Hudud demi kesepakatan dalam PR. Lebih2 lagi menjelang PRU ke 13.



Susulan dari satu temuramah melalui telefon bersama Akhbar The News Straits Times dengan Pengerusi DAP bagi menjawab persoalan dari kenyataan Nasrudin Hassan Tantawi berkenaan hudud ketika Majlis Debat Perdana, Karpal berkata :

“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times.“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?”
said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country.

Namun Nasrudin tidak tunduk terhadap Pengerusi DAP itu dan mendakwa Karpal mengatakan begitu seperti yg diucapkan pada konvensyen Pakatan tahun 2010 di Pulau Pinang..Lantas menegaskan :

 “Pas akan tetap memperjuangkan Islam dan hudud sebahagian daripada perjuangan kita. Pas tidak terikat dengan sesiapa. Orang lain boleh bercakap dan menarik balik apa yang diucapkannya. Jika Karpal menafikannya, itu terpulang kepadanya,” kata Nasrudin.



Bagi teman ini adalah cabaran kepada Nasruddin bagi membuktikan PAS tidak tunduk kepada sesiapapun dalam PR dan membuktikan kuasa PAS dalam pakatan sekaligus mengelakkan persepsi masyarakat yang pas hanya menjadi tungangan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

P/s : Ada perkara yg perlu untuk kita hebahkan dan ada juga perkara yg perlu disimpan demi kelangsungan sesebuah kerjasama...nilaikan....

0 comments:

.

.