Friday, 27 July 2012

Kejuaran pertama Nazmi Faiz bersama SC Beira-Mar



Setelah sebulan dan setelah mengharungi 3 perlawanan pra-musim bersama kelab Primiera Liga Portugal, Nazmi Faiz berjaya mengecap kejuaraan pertama. Kejuraan pertama Nazmi Faiz bersama SC Beira-Mar dicapai setelah menewaskan satu lagi kelab dari Primiera Liga dengan keputusan perlawanan 4-3.


Nazmi Faiz yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 30, telah beraksi sehingga perlawanan tamat yang berlanjutan sehingga masa tambahan. SC Beira-Mar menewaskan Oliveirense yang ditentukan menerusi sepakan penalti. Keputusan penalti 4-3 melayakkan SC Beira-Mar memenangi Fornos de Algodres Cup atau Piala Algodres seterusnya menjadi piala pertama Nazmi Faiz sejak berkelana ke Eropah sebagai pemain bolasepak profesional.

P/s: Harap2 dengan pengalamannya dapat membantu skuad Malaysia...

.

.