Friday, 13 July 2012

Keperitan 18 bulan berbaloi

Seorang wanita, Harriet Jenkins yang berusia 25 tahun berjaya menguruskan badannya sebanyak 95.2 kilogram (kg) kepada 73.3kg selepas dia menerima pelawaan rakannya agar menyertai satu kumpulan menguruskan badan.Jenkins yang bercita-cita menjadi seorang guru sebelum ini mempunyai berat badan lebih 165kg. Graduan yang menganggur itu juga sering menjadi mangsa ejekkan dan sindiran daripada orang ramai.

Hanya selama 18 bulan, Jenkins yang enggan menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk badannya berjaya mengurangkan lebih separuh berat badan asalnya selain mendapat tawaran kerja sebagai seorang guru sebuah sekolah rendah. Dia berjaya mengurangkan berat badan melalui pemakanan yang sihat dan bersenam.Dia benar-benar gembira dengan kehidupannya sekarang. Inilah keadaan sebelum dan selepas mengamalkan diet.


 P/s : Usaha tangga kejayaan...bukan senang nak senang...bukan susah nak susah..

0 comments:

.

.