Monday, 2 July 2012

Khasiat Buah Anggur


Tanpa banyak mukaddimah, jom...zassss...layan...



1.     Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

2.    Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

3.    Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

4.    Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).




5.    Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.

6.    Alzheimer – Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya  membantu kesihatan otak manusia.

7.    Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
8.    Risiko kanser – Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

0 comments:

.

.