Friday, 6 July 2012

Leftenan Komander Datuk Lee Chong Wei

Wah..biar betikkkk....Lee Chong wei masuk solyar ke?? tapi betullah tu Leftenan komander (K) Datuk Lee Chong Wei..disahkan sendiri oleh pihak TLDM...takkan Lee chong Wei join Navy??


 Dah..dah.... xyah nk tekejut babun..hahahha...ni ha story dia..


Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Tauliah Kehormat PSSTLDM kepada tiga individu dan salah seorangnya adalah jaguh badminton kita Datuk Lee Chong Wei dalam satu majlis ringkas di Kementerian Pertahanan pada semalam.
 
Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dan dipilih berdasarkan kepada kecekalan beliau sebagai Pemain Perseorangan Badminton Pertama Dunia selama 4 tahun berturut-turut. Ini membuktikan beliau seorang yang begitu tabah dan gigih dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. selain itu, kehadiran Datuk Lee Chong Wei dilihat mampu menggalakkan lebih ramai golongan profesional di dalam arena sukan untuk menyertai pasukan beruniform seperti Pasukan Simpanan Sukarela TLDM. Strategi serampang dua mata ni...




P/s : Kalau Lin Dan Leftenan Kolonel China Army, tak kurang hebat Datuk Lee chong Wei...tahniah la..aku PPs je..hahhaaha...

.

.