Sunday, 22 July 2012

Lelaki mengaku Allah dan Nabi didakwa


 

Seorang bekas kapten kapal didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana mengaku dirinya Allah dan Nabi akhir zaman.

Bagaimanapun, tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rembia Perkasa 14, Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, jam 3.15 petang kelmarin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengejek agama Islam dengan menyatakan.‘aku mengaku aku Allah’ dan ‘aku ini Nabi akhir zaman’

Dia dituduh mengikut Seksyen 62, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu mempersenda agama Islam.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih 36 bulan atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Syarie, Che Zam Zam Che Man di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.

P/s: Hati2 mendalami makrifat....

2 comments:

Kaki Sembang said...

ni bukan makrifat..nie bodo nama nya

roym as said...

hahahahah...

.

.