Wednesday, 18 July 2012

Lelaki mengaku nabi, lukis peta syurga

Seorang lelaki di Afrika Selatan telah mengaku melakar sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu, berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil berdekatan Durban, itu juga turut mengaku sebagai nabi.

Warga kota berduyun-duyun mengunjungi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat sendiri peta yang dimaksudkan nya. Mthembu mengatakan, dia membuat lakaran tersebut  setelah empat kali mengunjungi "syurga" tersebut, seperti yang dicatat oleh akhbar harian Sowetan.

Tidak cukup dengan dakwaan itu, Mthembu mengatakan, ada 11 jenis syurga dan dia sudah mengunjungi kesemua syurga tersebut. Dia bahkan mengaku pernah bertemu dengan Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga. Ketika itu, katanya lagi, dia berada di sebuah planet yang bernama Jadalem yang diliputi air dan ais.

"Jesus itu berkulit putih dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan.




Dalam akhbar Sowetan, Mthembu menceritakan, pada 1993, seorang lelaki berkulit putih telah datang ke rumah dan mengatakan bahawa syurga memerlukan nya. Ketika "malaikat" itu datang semula setahun kemudian, Mthembu diajak pergi ke syurga.

"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut sebagai Crista, di situ saya bertemu dengan Jesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya pada akhbar Sowetan.

Mthembu juga mengatakan, Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 yang lalu adalah hal yang benar, meskipun sehingga ke hari ini ramalan itu tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berlaku.

"Sebenarnya, apa yang terjadi pada hari itu adalah berlakunya pertemuan besar di syurga, yang disebut sebagai Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan syaitan," terangnya.

"Nabi mengatakan satu hari Tuhan sama dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan kiraan awal untuk berlakunya kiamat," jelas Mthembu.

Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga, pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga serta penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.

P/s: Macam-macam.....

1 comments:

Herma Julianny said...

mimpinya kot..
hehe..

.

.