Saturday, 21 July 2012

Lima kali dibuli Gengster - Awie


Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meluahkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain mengaitkan dia dengan ‘gengsterisme’. 

Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sebagai seorang penyanyi yang dikenali, dia terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.
“Sejak masuk dalam industri hiburan lagi, saya sering dipandang serong oleh segelintir pihak lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal gengsterisme.
“Memang sudah lekat di fikiran orang, apabila ada berita artis bergaduh ia semestinya melibatkan saya.

“Agak sedih dengan tanggapan begitu, tetapi nak buat macam mana? Walaupun saya cuba mempertahankan diri daripada sekumpulan gengster, saya tetap dilihat sebagai punca sesebuah pergaduhan itu berlaku,” katanya.
Tambah Awie, sepanjang hampir 30 tahun bergelar penyanyi, sebanyak lima kali dia dibuli oleh sekumpulan gengster yang tidak berpuas hati dengannya.
“Apabila berada di sebuah tempat yang kita tahu ramai kumpulan gengster, perlukah saya mencari gaduh? Itu namanya cari bahaya.

“Lima kali saya dibuli dan setiap kali diganggu, pasti saya akan pertahankan diri. Namun, masyarakat pula menganggap saya ini kaki pukul,” ujarnya.

P/s : Nak dgr cerita dr pihak gengster pulak.....gengster oh gengster...mana kau???

0 comments:

.

.