Thursday, 26 July 2012

Pakar melakar wajah Penjenayah yg luar biasa


Lois Gibson adalah pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai artis lakaran yang paling berjaya di dunia. Ini kerana hasil lakaran-lakaran beliau  telah membantu untuk menyelesaikan lebih 1,000 jenayah sepanjang 30 tahun kerjayanya.

Beliau adalah graduan Universiti Texas di Austin dengan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dengan Kepujian dan Akademi Artist Kursus Forensik FBI. Beliau kini mengajar profesion ini di Northwestern University. Pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawanya sebagai mangsa perogol / pembunuh bersiri telah membangkitkan keghairahannya untuk menangkap penjenayah. Lukisan /lakaran penjenayah menjadi medium beliau untuk membantu pihak polis. 

Dia telah menerima banyak anugerah untuk menghentikan pesalah ganas dan mendapatkan keadilan bagi mangsa yang tidak berdosa. Wanita hebat ini masih bujang dan tinggal di Houston, Texas bersama adik perempuannya. Beliau mempunyai sebuah buku (Faces of Evil ) hasil karangan bersama dengan penulis terkenal Deanie Francis Mills .

Dibawah adalah antara hasil lakaran wajah penjenayah yang dilukis Lois hanya melalui gambaran mangsa...
b1047
b1047
b1047
b1047
b1047
b1047
b1047
b1047
b1047

3 comments:

www.QueAchmad.com said...

Info yg fresh

roym as said...

tq..

Herma Julianny said...

pandainya dia lukis...
baguslah, biar padan muka penjenayah tu!

.

.