Monday, 16 July 2012

Peminat Moto negara tidak lagi sunyi..

"Buat ape nak jadi mat rempit, kalau jatuh patah sana..patah sini...kalau berani jom race kat track.."...Ingat tak korang sape yg ungkapkan ayat mencabar ni??sape yg minat sukan motogp dunia pasti tak akan lupa pada Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, seorang pelumba kejohanan motosikal dunia dalam kategori 250cc satu masa dulu...


Setelah beliau bersara lebih 10 tahun lalu kerana pengunduran Pasukan Petronas Yamaha Sprinta, peminat sukan permotoran negara terpaksa menumpang 'kasih' , minat ,sokongan dan keceriaan kepada pelumba luar hebat dan popular seperti Valentino Rossi, Caser Stoner dan Lorenzo (sekadar menyebut beberapa nama)

Tapi kini peminat moto negara dah mula buka mata kepada seorang permata pelumba moto negara yg semakin bersinar di pentas dunia. Siapa lagi kalau bukan anak jawa kelahiran Banting iaitu Zulfahmi Khairuddin..mamat ni skrg menjadi tumpuan dunia dgn aksi memukau dalam kategori moto3 perlumbaan motogp dunia..dalam usia yg masih muda (20 thn), masa depan Fahmi kelihatan cerah dalam sukan ini..



Sebenarnya cerita pasal Zulfahmi dah lama aku nk buat slps  bila dia dapat raih podium pertama dlm kariernya ..tapi lps pusingan ke 9 kalendar kejohanan, tuah masih belum memihak fahmi...cuma yg paling hampir adalah tempat ke 4 di litar estoril portugal, selain tu, dia terjatuh ketika berbaki 6 pusingan di litar le mans Perancis ketika berkedudukan ketiga (podium tu..) dan mendahului seketika perlumbaan ketika pusingan di Italy, Perancis dan Catalunya, Sepanyol sebelum dipintas pelumba lain ....mungkin kerana masalah motosikal atau  kurang pengalaman.
Tapi yg pasti nama Zulfahmi terpahat sebagai pelumba sepusingan terpantas di Litar Assen Belanda sehingga kejohanan ini kembali pada musim depan di litar yg sama..tu pun kalo ada pelumba lain dapat beat masa yg dia buat lah..Sekarang Fahmi berkedudukan ke enam keseluruhan dunia kategori moto3 dengan perlumbaan berbaki 9 pusingan..Ape yg pasti bila kejuaraan moto3 singgah di Sepang pada bulan Oktober ni, aku yakin sepang pasti gamat dengan fanatik Zulfahmi Khairudin-permata yg sedang digilap..

P/s:Gooo..Fahmi..goooo..eh Fahmi, kalo hang dh leading tu jgn pedulikan rider2 kt belakang dah..perah je throttle tu abis2..anggap je la rider2 lain kat belakang tu macam polis trafik yg tgh kejar hang...alaaa..mcm masa kko jd mat rempit dulu lah...hahhaha..


0 comments:

.

.