Tuesday, 24 July 2012

PR Janji turun harga kereta


Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan melakukan rombakan terhadap Dasar Automotif Negara dalam usaha untuk menurunkan harga kereta sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata menerusi penstrukturan semula dasar berkenaan ia dapat mengurangkan bebanhutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna pendapatan isi rumah rakyat.

"Pimpinan muda dalam PKR akan memastikan bahawa janji untuk menurunkan harga kereta akan dimasukkan menjadi salah satu janji utama dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13," katanya pada sidang media diIbu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Mengulas lanjut Mohd Rafizi berkata pembangkang juga akan menghapuskan duti eksais sebanyak 60 peratus yang dikenakan kepada pembeli kereta pada ketika ini. Sumber.

P/s : Janji siapa pn boleh janji...terpulang anda...

0 comments:

.

.