Saturday, 28 July 2012

Remaja tikam bapa sebelum rogol ibu

Seorang anak sangat tergamak menikam bapanya sebelum merogol ibunya. Ketika kejadian, remaja berusia 19 tahun tersebut menikam bapanya dan kemudian mengheret ibunya dari katilnya sebelum merogol wanita yang berusia 42 tahun itu berulang kali di dalam semak. Ketika kejadian remaja tersebut telah pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Semak tempat mangsa diheret dan dirogol
Menurut cerita ayah kepada remaja tersebut, selepas dicederakan anaknya, dia bergegas keluar dari rumah untuk mendapatkan pertolongan dan meninggalkan isterinya dalam keadaan tidak berpakaian. Pada ketika itulah anaknya tiba2 mengheret isterinya kedalam semak sebelum merogolnya.

Menurut cerita mangsa yang dirogol, anaknya merogol sambil mengacukan pisau, menendang  dan mengancam untuk membunuh jika kehendak anaknya tidak diturut. Nasibnya tidak menjadi lebih buruk setelah anaknya melarikan diri ketika terdengar suara orang ramai mencarinya di sekitar semak tersebut.
Hasil bantuan orang ramai, pihak  polis Villiersdorp di Afrika Selatan telah berjaya memberkas remaja tersebut dan telah dipenjarakan atas tuduhan merogol dan mendatangkan kecederaan.

Wanita ini sangat trauma dengan kejadian ini dan mengharap anaknya akan mati kerana tidak sanggup memikirkan yang dia telah dirogol oleh anaknya sendiri.-Cape town

P/s: Ni namanya anak haram jadah..

1 comments:

Kaki Sembang said...

Ganah molek...wane x tido lagi nieh

.

.