Saturday, 7 July 2012

Rogol bergilir gadis datang Haid


Seorang gadis berusia 23 tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang.
.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir.


Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya. Sebelum itu mangsa diculik ketika menunggu bas oleh sekumpulan lelaki yang menaiki Toyota Vios
Mangsa dibawa ke sebuah rumah sewa dan dipaksa baring di atas tilam nipis sebelum seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali.

Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid. Setelah dirogol, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya



Berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini dan hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa.

Hasil soal siasat juga,  pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.


P/s : Perogol bodoh...padan muka kena tangkap..


2 comments:

Herma Julianny said...

Hmmmm....
kejam.....=(
harap mrk tu dikenakan hukuman setimpal!!!!

dayteen lea said...

sian :(((((((((((((((((((((((((((

.

.