KUALA LUMPUR, 21 Julai — Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Haque
(Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan
Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai
seniman dan budayawan.
Menurut Zunar lagi, yang menjadikan keadaan lebih parah adalah
apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan
menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.
“Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah,” kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Fenomena ini (kemasukkan artis beramai-ramai menyertai PR) sudah
berlaku beberapa bulan, apabila berada dipentas PR, mereka berceramah,
kadangkala berceramah ugama lagi.
Kartunis yang aktif dengan parti pembangkang semenjak tahun 1998 itu
merasakan tidak wajar fenomena artis berceramah ini diteruskan kerana
menurutnya artis perlu terus berkarya dan hasilkan karya-karya yang
kritikal kepada Barisan Nasional (BN) kerana ini lebih membantu PR
daripada selama-lamanya berceramah.
Akhir-akhir ini, golongan artis arus perdana menyertai parti PR secara beramai-ramai.
Artis seperti Bob Lokman, Sham Kamikaze, Aisyah dan Dayangku Intan telahpun menyertai parti PAS dan PKR.
Terbaru yang menggemparkan apabila bekas penyanyi kumpulan Elite,
Abby Abadi dan pelakon utama filem Leftenan Adnan, Hairie Othman
menyertai PAS.
Kebanyakan golongan artis yang menyertai PR ini berakhir dengan
menjadi penceramah PR yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada
pakatan pembangkang tersebut.
Sebagai respon, Umno juga mula membawa artis masuk seperti Amy Search
dan Jamal Abdillah yang menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka.
Zunar
turut menjelaskan, golongan artis yang menyertai PR kebanyakannya tidak
faham bahawa mereka masih lagi seorang artis yang dikurniakan bakat
istimewa.
Tambah Zunar lagi, sekali menjadi seniman seseorang artis itu tidak boleh berhenti bekarya.
“Seniman selama-lamanya seniman, tidak wujud istilah seniman bersara.
“Yang bertukar sekarang ini adalah wadah dan arah karya bukan perlu
berhenti berkarya,” kata kartunis yang beberapa karyanya diharamkan oleh
kerajaan Malaysia kerana dikatakan memudaratkan keselamatan negara.
Zunar mengambil contoh penyanyi folk terkenal Cat Stevens yang kini
dikenali sebagai Yusuf Islam. Menurut Zunar, pada zaman awal selepas
menyertai Islam, Cat Stevens @ Yusuf berhenti berkarya terutamanya
bermain gitar kerana ada pendapat golongan tertentu dalam Islam bahawa
muzik bertali itu haram.
“Akhirnya Yusuf membebaskan diri daripada golongan jumud tersebut dan kembali berkarya.
“Seniman tidak akan boleh melawan fitrah mereka untuk menghasilkan
seni seperti Yusuf yang kembali bermain gitar dan kembali menghasilkan
album yang diterima ramai seperti ‘Roadsinger’ yang memperlihatkan
dirinya yang sebenar,” kata Zunar.
“Jika tak dapat bantuan dari negeri PR untuk buat filem atau album,
saya yakin jika dianjurkan majlis makan malam untuk memungut derma,
pasti ramai yang akan datang sokong,” kata kartunis tersebut yang akan
ke mahkamah pada 23 Julai depan bagi mendengar keputusan mahkamah
berkenaan dengan tindakannya menyaman Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan
kerajaan Malaysia kerana menghalangnya bekarya.
Sumber : Malaysian Insider
P/s : Bukan ape... takut artis ni hangat2 taik ayam je.....tp tapi teman ttp khusnuzan dgn golongan ni...













4 comments:
Kepada Zunar, anda gopoh. Bagi aku artis nak berceramah ke nak berkarya ker, buat permulaan ni biar mereka cerita dulu kenapa mereka masuk PAS, dalam PAS ada DACS, Department of Art, Culture and Sport, semua hal-hal kebudayaan termasuk dalam ni, PAS pun dah fikir macam mana nak buat karya seni seperti filem menepati syariat Islam, jadi bila artis ni dah masuk dalam PAS, mungkin lepas ni mereka akan berlakon untuk menyebarkan Islam, mereka semua ni kena faham Islam dulu sebelum mulakan karya seni mereka, kenapa nak komen mereka berceramah, itu sudah lebih baik daripada mereka berdiam diri, at least mereka telah membuka mata di pihak artis2 yang lain untuk cuba berhijrah....
terbaik dari tinta asyraf,,,,
Ceramah tu bukan seni ker?
seni..seni menyusun kata-kata...
Post a Comment