Monday, 23 July 2012

Peristiwa 9/11 Konspirasi Illuminati dan Freemason


Walaupun peristiwa ini sudah lebih 10 tahun berlalu, namun banyak perungkaian yg masih menghantui fikiran manusia. Dari peristiwa ini, Iraq menjadi mangsa, umat islam semakin dipandang serong sebagai pengganas dan perasaan curiga terhadap islam semakin menebal. Namun hasil pendapat dan forum seluru dunia, banyak yang berpendapat peristiwa ini adalah satu konspirasi sesebuah pihak untuk menakluki dunia. Antara pendapat yg paling popular adalah mengenai rancangan Sebuah pertubuhan yg mempunyai rangkain ahli di seluruh dunia iaitu Freemason dan Illuminati. Alasan terjadinya peristiwa 9/11 adalah :


1. Mencabar kuasa Allah. Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka ‘skip’ nombor 10 sebab nombor 10 ini melambangkan kesempurnaan (bagi mereka). Hanya Allah s.w.t sahaja yang bersifat sempurna. Jadi mereka ‘skip’ bilangan nombor 10 itu kepada nombor/tarikh 9, 11. Maka tiada nombor 10 di situ. Mereka juga terapkan 911 ini dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, bagi mendapatkan bantuan kecemasan, sila dail 911? Adakah ini satu kebetulan? Bagi memohon pertolongan?

2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah

3. Untuk mempengaruhi politik dunia bagi rancangan terakhir New World Order.

4. Untuk membina “the Darkest Stargates”. (berkaitan dengan kepercayaan sihir golongan Freemason / Illuminati)

Tujuan ke-3 mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 ini adalah modal besar untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan jadikan Israel sebagai kuasa utama dunia bagi menyambut The False Messiah-Dajal.

Di sini saya terangkan tujuan ke-2. Iaitu sebagai Simbol kemusnahan Kaabah.
Kaabah adalah satu pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa? Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.
1. Minda/Akal
2. Tubuh/Jasmani.
3. Roh/Batin.

Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham betapa pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling dan yang paling penting kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.

Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?
Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknya. Sila lihat siri(The Arrival).

What Goes Around Comes Around
Sebab itulah kita akan berasa sungguh selesa jika dikelilingi tenaga positif alam semulajadi.
Sebaliknya kita akan berasa tidak senang dengan tenaga negatif dan kaku sebuah bandar.
Contohnya, kita akan berasa selesa, tenang jiwa bila kita masuk ke dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan. Saya pasti, sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang amat sangat. Kerana kuasa positif yang begitu banyak. Subhanallah. Segalanya adalah dengan kekuasaan Allah s.w.t jua.

Di tengah-tengah WTC ada satu objek. Namanya The Sphere. Petikan ini diambil di wikipedia. Ini bermaksud mereka mereplikan The Sphere sebagai Kaabah dan mereka memusnahkannya semasa kejadian 9/11 itu. Anda boleh baca lebih lanjut di

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Sphere

0 comments:

.

.