Friday, 27 July 2012

Uncleseekers Kembali berblog

Blog Uncleseekers kembali...


Selepas pendedahan berani mengenai kisah kesultanan Johor sejak 4 bulan lalu di blog Uncleseekers.blogspot.com, hingga membuatkan blog tersebut mencapai pageview tertinggi dalam masa singkat dan memintas blog2 politik yg popular, dunia penulisan maya tersentak dengan berita penangkapan lelaki ini.

Bermula awal julai 2012 sejak ditangkap dan disambung tahanan remannya beberapa kali tidak cukup dengan itu, akses ke blognya juga disekat, dunia penulisan maya seolah-olah kehilangan klimaks terhadap kisah yang dibawanya yg mana dilihat pembaca hampir mencapai ke kemuncaknya.

Namun setelah hampir sebulan blognya tidak bersuara, kini blog uncleseekers kembali berwajah baru. Melalui link blog yang baru, adakah Uncleseekers akan kembali menghangatkan dunia maya dengan tulisan2 laris manis yang panas?? Bagaimana pula dengan kisah peguam teraniaya di blog terdahulu? Adakah ada sambungan dari cerita meletop yg kita semua ketahui hampir ke pengakhirannya?? Atau kemunculan semula lelaki sekadar mahu membela dirinya dengan tuduhan yang tidak disangka-sangka menimpa keatas dirinya ketika di tahan reman?

Semuanya akan terjawab dan dijawab di unleseekers-v2.

P/s : dah macam promo lak aku...

0 comments:

.

.