Sunday, 12 August 2012

44 tahun jadi hamba seks bapa

 Rumah yang dikatakan menjadi kan dua beradik wanita menjadi hamba seks kepada bapa mereka selama 41 tahun

Bandar Braunau Austria di Austria bukan sahaja tempat kelahiran antara manusia paling kejam di dunia, Adolf Hitler, tetapi juga melahirkan manusia sejenisnya yang tidak berperikemanusian.

Seorang bapa, Josef Fritzl, Gottfried W. berumur 80 tahun sanggup menjadikan dua orang anaknya sebagai hamba seks selama 41 tahun.Kejadian ini bermula pada tahun 1970 apabila beliau mula melakukan serangan seks terhadap anaknya dan semenjak itu mereka dikurung di dalam rumah sebagai tahanan dan hamba seks.


Isterinya, Berta, yang meninggal dunia pada tahun 2008 turut mengalami nasib malang dengan didera bersama anaknya yang kini berusia 53 tahun dan 41 tahun secara berterusan sehingga bulan Mei tahun ini.Mereka diancam akan dibunuh jika tidak menurut perintah.

Anaknya berjaya diselamatkan oleh pekerja sosial yang datang ke rumah mereka setelah menerima panggilan telefon.Kedua-dua mereka menceritakan yang bapa mereka telah tercedera dan gagal bangun apabila mahu mengulangi perbuatan terkutuk itu,kesempatan itu digunakan untuk membuat telefon kepada pekerja sosial yang hanya datang dua hari kemudian.

Lelaki itu kemudian di bawa ke rumah penjagaan orang tua dan telah ditangkap oleh polis setelah menerima aduan dari anaknya mengenai perlakuan sumbang bapanya.Masyarakat St Peter Hart Austria yang berjumlah kira-kira 2400 orang beserta Datuk Bandar sangat terkejut dengan pengalaman pahit mereka tetapi masih meragui keterangan mangsa kerana mangsa dilaporkan mengalami masalah mental.

 Bilik neraka yang menjadi tempat tahanan mangsa selama 41 tahun

Polis mengatakan mangsa telah ditahan dan dikurung didalam sebuah bilik dan tidur diatas rak kayu walaupun rumah itu agak mewah dan mempunyai banyak bilik.Mereka di halang dari berhubung dengan dunia luar,dengan menggunakan senapang patah sebagai ancaman untuk tidak melawan atau di bunuh.

P/s : Harapkan pagar, pagar tak boleh harap..

2 comments:

Kaki Sembang said...

lama tu..dahsyat2

Herma Julianny said...

jahatnya bapa mrk tu....
knp mrk tak bg racun je..
jahat sangat...=(

.

.