Friday, 24 August 2012

Akta Keterangan Seksyen 114A kekal- Nazri Aziz


KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Mentero, Datuk Seri Nazri Aziz mengulangi bahawa Akta Keterangan Seksyen 114A akan dikekalkan, beliau berkata bahawa pindaan itu bertujuan untuk melindungi keselamatan negara.“Kerajaan tidak mahu Akta untuk menganiaya orang yang tidak bersalah.“Pindaan (Seksyen 114A) akan kekal kerana terdapat perkara yang lebih serius seperti keganasan, yang memerlukan pindaan untuk melindungi keselamatan negara

“Saya akan teragak-agak untuk membentangkannya sekiranya saya tidak fikir ia boleh digunakan untuk melindungi negara dengan baik,” kata Nazri pada sidang media di sini.Pindaan kepada Seksyen 114A adalah salah satu daripada dua yang dilakukan terhadap Akta tersebut, dan digazetkan pada Julai lalu, menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Internet.

Satu kempen telah dilakukan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berhubung akta dengan memasang ‘banner’ yang bertajuk ‘Stop 114A’ (Hentikan 114A) di laman sosial Facebook dan dimuat turun oleh pengguna Internet di negara ini.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Ser Dr Rais Yatim berkata, Kabinet membincangkan isu dengan mendalam dan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa perubahan kerana Parlimen telah diwakili oleh parti pemerintah dan pembangkang yang telah membahas mengenainya. -Mstar online

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

.

.