Thursday, 16 August 2012

Cabaran debat Chua jr ditolak MB Selangor


Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam reaksinya menolak cabaran debat yang dibuat oleh Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong yang juga anak kepada Presiden MCA.

Dalam satu kenyataan nya sebelum itu, Chua yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA mencabar Menteri Besar Selangor itu berdebat tentang isu hutang Talam Corporation yang sedang hangat diperkatakan.
 Isu Talam Corporation hangat selepas timbul kecurigaan dan tanda tanya dalam penggunaan peruntukan sebanyak RM 392 juta dan pembelian aset berjumlah RM676 juta yang mana kedua-duanya telah melibatkan transaksi melebihi RM 1 billion. 

Transaksi tersebut juga dikaitkan dengan usaha menyelamatkan Talam Corporation oleh Kerajaan negeri Selangor.


Umum mengetahui bahawa Syarikat Talam Corporation sebelum membuat perjanjian dengan Kerajaan Selangor masih berstatus PN17 yang bermakna syarikat tersebut mempunyai kedudukan kewangan yang kurang baik serta mempunyai hutang yang banyak. Jika ia dinyah senarai secara tidak lansung boleh menjejaskan pemegang sahamnya.


P/s : Siapa pemegang saham Talam Corporation??

0 comments:

.

.