Thursday, 30 August 2012

Gila - Bunuh dan cuba potong Zakar kekasih yang dianggap Raksasa jahat


Sydney – Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba untuk memotong zakarnya dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan semalam dan mahkamah menerima bahawa tertuduh menderita kemurungan.

Jian Chen, 47, mengaku bersalah membunuh tanpa niat bekas teman lelakinya Jian Xiang Peng selepas diberikan ubat pelali hingga membawa maut dan ditikam pada Februari tahun berikutan pergaduhan mengenai wang dan anak lelaki pasangan terbabit.


Jian memberitahu seorang pakar psikiatri bahawa ‘sesuatu dalam dirinya’ meminta beliau memusnahkan ‘senjata raksasa’, di mana lelaki terbabit menggunakan zakar beliau untuk mencederakan wanita dan anak.”
“Saya tahu Peng menggunakan zakarnya untuk menarik wanita mendapatkan anak mereka, menggunakan kanak-kanak terbabit sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian berikutan hukuman yang diterimanya.

“Ada sesuatu meminta saya melakukannya, jangan biarkan raksasa itu menjejaskan lebih ramai kanak-kanak.
“Saya ingat saya memotong zakarnya. Saya mengepam ke dalam tandas supaya beliau tidak menganiaya lebih ramai kanak-kanak dan beliau tidak boleh menganiaya lebih ramai wanita.” - AFP

P/s : Pada suami-suami yang curang, jaga-jaga kerana senjata raksasa anda terdedah kepada bahaya..hahahaha

4 comments:

Herma Julianny said...

dahsyat!!
tp setimpal la kot dgn perbuatan dia tu...

roym as said...

hehehe..komen seorang wanita..

Anonymous said...

Kalau mimi,mimi xnk buat mcm tu.

Anonymous said...

hmmmm...nak berjimak susah arrr....

.

.