Thursday, 16 August 2012

Ibu bapa rasis belasah anak

David dan Frances Champion telah dipenjara kerana memukul Jane, anak perempuan mereka yang berusia 17 tahun dan teman lelakinya, Aflonce Ncube dalam dua serangan perkauman.

Insiden yang digambarkan sebagai "memalukan" dan "jahat" oleh Hakim itu berlaku selepas ibu bapa ini menuduh anak perempuan mereka memalukan keluarga kerana mempunyai teman lelaki berkulit hitam.

Serangan pertama berlaku di rumah keluarga di Swansea selepas Encik dan Puan Champion tiba di rumah mereka dan mendapati pasangan muda itu berada dalam "keadaan menanggalkan baju". Encik Champion dilaporkan terus mencekik tekak anak perempuannya dan menendang kaki Encik Ncube sebelum membuang dia keluar dari rumah mereka. Sepanjang serangan tersebut, Encik Champion didakwa menjerit penghinaan kesat berkaitan isu perkauman.

Serangan kedua berlaku di sebuah pub sebulan kemudian. Jane berhadapan dengan ibu bapanya dan mengaku mengenai status hubungan cinta mereka yang masih berterusan. Mendengar pengesahan cinta itu membuatkan bapanya menumbuk muka kedua-dua anak muda ini. Bukan setakat itu sahaja, Encik dan Puan Champion kemudian melawat restoran di mana teman lelaki anak perempuan mereka bekerja namun Encik Ncube menyembunyikan diri sehingga Encik dan Puan Champion meninggalkan premis itu.



Bercakap kepada mahkamah, Hakim Peter Heywood berkata: "Kita hidup dalam masyarakat liberal dan makrifat, pelbagai tingkah laku yang bersifat perkauman tidak boleh dibiarkan malah cara anda bertindak balas dalam menyelesaikan masalah ini adalah sama sekali tidak sesuai."

Encik Champion telah dipenjara selama 12 bulan manakala PuanChampion telah menerima hukuman sembilan bulan.-asiantown

0 comments:

.

.