Thursday, 16 August 2012

Pengakuan Ustaz Nasharudin sebenarnya melegakan PAS


http://3.bp.blogspot.com/-UuJtyogrFSo/UCycnyEmwNI/AAAAAAAAUNY/nU_ZLAWntd4/s1600/ustaz+nasha2.jpg

SEPANG 16 Ogos - Ahli Parlimen Bachok Nashrudin Mat Isa menafikan sama sekali berhasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO dalam masa terdekat ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu menjelaskan, perjumpaan yang beliau adakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah baru-baru ini adalah atas jemputan Ulama' di Negara tersebut bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat meminta semua pihak agar tidak terlalu awal membuat sebarang spekulasi jahat sehingga menjejaskan kesetiaan beliau terhadap perjuangan Parti.

Nasharudin berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Makkah, sebentar tadi.

Beberapa Pemimpin PAS sebelum ini mempertikaikan tindakan Nasharudin membuat kenyataan gesaan terhadap Parti tersebut agar keluar dari Gabungan kerjasama PKR dan DAP susulan kenyataan tegas DAP berulangkali menentang perlaksanaan Hukum Hudud.- klpos

P/s : Pemimpin yang nampak ikhlas dalam perjuangan demi Islam...ni baru contoh pemimpin yang berkata benar walaupun pahit...satu kemenangan buat BN jika Ustaz Nasha berpindah kem dan malapetaka buat PAS jika kehilangan Ustaz Nasha..Nik Aziz kelihatan masih sayang dengan Timbalan presidennya itu apabila sanggup memperbetulkan kenyataan yang disalah anggap oleh media yang mana dia tidak pernah menyuruh timbalannya itu meninggalkan parti...

0 comments:

.

.