Wednesday, 22 August 2012

Tafsir Mimpi Syeikh Abdul Rahman As-Sudais


Dalam satu  program wawancara bersama Imam Masjidil Haram ada diselitkan sesi soal jawab melalui telefon. Kemudian satu panggilan telefon telah diterima daripada pendengar.Pemanggil itu bertanya berkenaan dengan tafsir mimpi. Sheikh Sudais berkata bukanlah orang yang arif sangat tentang tafsiran mimpi. Namun ada sebahagiannya beliau tahu.



Lantas pemanggil itu menceritakan mimpinya. Dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki yang sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh Sudais menjawab:
MasyaAllah..! MasyaAllah..!. Tafsir mimpi ini ana tahu. Orang di dalam mimpi itu akan mendapat keampunan daripada Allah dan segala amalannya diterima. Dia seumpama anak yang dilahirkan tanpa sebarang dosa.
Pemanggil itu bertanya lagi:
Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya itu?
Sheikh Sudais menjawab:
Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki yang sangat bertuah itu
Pemanggil itu lantas berkata:
Lelaki yang saya lihat dalam mimpi saya tersebut tak lain dan tak bukan adalah tuan sheikh sendiri
Sheikh Sudais terkejut lantas menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..
Subhanallah!!! Sememangnya Sheikh Abdul Rahman Sudais ini insan istimewa. Selain daripada beliau seorang hafiz, beliau telah dikurniakan oleh Allah menjadi insan istimewa di dunia lagi. Mana tidaknya, beliau dipilih oleh Allah menjadi Imam Besar Masjidil Haram. Tempat suci ummat Islam. Tempat yang digandakan beribu kebaikan di atas satu kebaikan yang dilakukan di dalamnya. Allahuakbar!

1 comments:

www.QueAchmad.com said...

Berdiri bulu roma baca entry ni.... Subhanallah

.

.