Friday, 17 August 2012

Tazkirah Jumaat Sepintas Lalu

Sempena hari jumaat yang mulia ini, marilah kita pesan berpesan dengan kebenaran dan juga dengan kesabaran.  Semoga tazkirah jumaat ini memberi keinsafan dalam kita memperbetulkan matlamat asal kehidupan kita di dunia ini. Wallahuaalam.




Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.
Malam Pertama
Di kuburan pembusukan bermula pada bahagian perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman.
Malam Kedua
Merebak pula kepada bahagian badan mayat yg lain seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.
Hari Ketiga 
Mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.
Selepas Seminggu
Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.
Selepas 10 hari
Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..
Selepas 2 Minggu
Rambut mulai gugur
Selepas 15 Hari
Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya
Selepas 6 Bulan
Yang tersisa hanya rangka tulang saja.
Selepas 25 Tahun
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

P/s : Subhanallah...

0 comments:

.

.