Saturday, 11 August 2012

Tembok Besar China Runtuh


Tembok Besar China diberitakan runtuh berpunca dari hujan lebat yang berterusan sehingga menghakiskan tanah di kawasan sekitar dan seterusnya menyebabkan ia runtuh. Hujan di Wilayah Hebei di Utara China telah menyebabkan banjir besar dan takungan air yang turun dari gunung telah menghentam kuat seksyen dinding di Dajingmen, lapor seorang pegawai tempatan. Sepanjang 36 meter panjang tembok yang runtuh giat dalam proses baik pulih. Apa pun kerajaan china akan memperuntukkan sejumlah wang untuk melakukan kerja-kerja baikpulih dan memperkukuhkan tembok besar china yang juga antara bahan sejarah terkenal dunia itu.


Menurut satu laporan berita yang berkaitan juga menyatakan selain dari kawasan yang runtuh, kawasan-kawasan lain juga dipercayai mempunyai risiko untuk runtuh, juga atas sebab yang sama. Sebahagian yang runtuh di Daerah Dajingmen dan seperti juga kebanyakan daerah disepanjang Tembok Besar telah dibina semasa Dinasti Ming di antara 1368 dan 1644.Walau bagaimanapun masih terdapat serpihan Tembok Besar yang wujud sejak abad ke-2 SM

2 comments:

Berat Nanang said...

runtuh jugak akhirnya walaupun secebis... dunia dah tua dah

roym as said...

tiada yg kekal melainkan tuhan yang 1..

.

.