Sunday, 12 August 2012

Terengganu sedia laksana hudud

Siapa kata kerajaan di Kerajaan BN tolok hudud bulat2??....MB Terengganu sekarang pn dah beri kenyataan bersedia untuk melaksanakan hudud...so siapa yang tolak hudud??

DAP je yang tolak hudud terutama Karpal Singh tu..belum apa-apa lagi dah suruh langkah mayat dia dulu kalau hudud nak dilaksanakan di Malaysia ni....lansung tak hormat pendirian rakan mereka dalam pakatan PAS..Kalau BN tak tolak kenapa tidak dilaksanakan??

Jawapannya ada kat bawah nie..



KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri tidak menolak hudud, sebaliknya bersedia melaksanakan dan menguatkuasakan hukum hudud dan qisas sekiranya persediaan ke arah itu sudah cukup lengkap, terutama dalam hal berkaitan prasarana dan soal teknikal, dengan mengambil kira setiap pendapat golongan ulama di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas ini, memerlukan persiapan teliti melibatkan semua aspek dan mengambil masa lama.
Bagaimanapun, menurutnya, isu perlaksanaan hukum hudud sengaja dibangkitkan pihak pembangkang disebabkan mereka membayangkan negara bakal menghadapi pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat.
“Pas tiada pilihan melainkan terus mendendangkan isu berkenaan bagi memastikan penyokong parti itu tidak lari daripada perjuangan mereka, dengan beranggapan parti itu serius mahu laksanakan hukum berkenaan.
“Isu hudud hanya muncul dengan hujah dan polemiknya apabila tiba musim pilihan raya. Ini membuktikan Pas tidak ikhlas memperjuangkan Islam. Mereka fikir mahu menang pilihan raya walaupun terpaksa mempermainkan hukum ALLAH,” katanya.
Beliau berkata demikian berikutan perbahasan yang agak panas pada Persidangan Dun ketika menjawab soalan wakil Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002, sebagaimana diwarta.
Presiden Pas itu bertanyakan soalan mengenai bila perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang diluluskan ketika pemerintahan Pas di Terengganu antara 1999 dan 2004.
Antara wakil yang terlibat dalam sesi yang agak tegang itu ialah Alias Abdullah (BN-Alor Limbat), Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut), Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepuh), Datuk Rosol Wahid (BN-Ajil), Datuk Harun Taib (Pas-Manir) dan Mohd Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong).
Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat, ketika menjawab soa­lan Presiden Pas itu berkata, kerajaan tidak mampu berjanji bila masa yang sesuai untuk melaksanakan enakmen berkenaan dan tidak sesekali terpengaruh dengan rentak wakil Pas berhubung isu itu.
“Tidak laksana hudud bukan bermaksud tolak Islam, sebaliknya ganti dengan undang-undang syariah yang hukum pesalah dengan adil,” katanya. -sinar harian

0 comments:

.

.