Saturday, 18 August 2012

Ustaz Nasha ibaratkan pemimpin PAS yang mengikut telunjuk DAP umpama syaitan bisu



Bekas timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menempelak pemimpin pas yang sanggup menjadi umpama 'syaitan bisu' hanya kerana percaturan politik. MP Bachok ini juga hairan dengan tindakan golongan tersebut yang terus bersekongkol dengan DAP yang secara terang terangan menentang dan memusuhi islam.
Menurut beliau lagi, sehingga hari ini PAS masih belum menyatakan pendiriannya terhadap karpal yang secara terang -terangan menentang hudud. Walaupun pucuk pimpinan PAS masih tidak berpendirian tentang isu Karpal, namun beliau masih tetap dengan pendiriannya bahwa Karpal Singh adalah seorang yang anti hudud dan anti islam. Beliau juga menyatakan yang beliau sanggup mati demi mempertahankan islam sebagaimana Karpal yang sanggup mati demi mempertahankan pendiriannya menolak hudud.

Dalam pada itu juga, beliau turut mempersoalkan tentang kerjasama politik (tahalluf siasi) yang diamalkan PAS turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi islam. -sumber Hmetro

P/s : Siapa syaitan bisu tu??


1 comments:

Herma Julianny said...

hmmm...
sanggup ketepikan agama demi politik..

.

.