Wednesday, 5 September 2012

2 lagi dipancung di Arab Saudi hari ini


Riyadh Arab Saudi menghukum mati dua lelaki yang disabitkan bersalah kerana kes pembunuhan dan dadah. Salah satu lelaki tersebut adalah warga Pakistan.

Menurut AFP, Selasa (4/9/2012), pelaksanaan hukuman pancung dengan pedang ini dijalankan pada waktu siang Arab Saudi. Seorang warga tempatan, Ahmed bin Hasan al-Shehri diputuskan bersalah kerana kes pembunuhan. Seorang  lagi, warga Pakistan Hayat Sayyed Alsayyed terlibat penyeludupan dadah.

Hasan didakwa membunuh teman sekampungnya, Ahmad bin Muhammad al-Shehri. Hukuman pancung ini diadakan di kota Abha.

Sementara warga Pakistan yang didakwa kerana menyeludup dadah di perutnya dipancung di sebelah barat kota Madinah.

Dengan demikian, Arab Saudi sudah melaksanakan hukuman pancung seramai 52 orang tahun ini. Sementara pada tahun lalu, data Amnesty International mencatat ada 79 orang yang dipancung di arab saudi. sumber

P/s :  Hudud adalah hukum Allah yang dinyatakan di dalam Al-Quran, namun kesesuaian untuk dilaksanakan di Malaysia perlu kajian menyeluruh dengan mengambil kira masyarakat berbilang kaum di Malaysia..mustahil atau tidak untuk hukum ini dilaksanakan di Malaysia hanya Allah yang menentukan...Wallahualam...

2 comments:

Herma Julianny said...

bg saya kan, hukum hudud ni untuk kebaikan juga..

roym as said...

benarrrr...

.

.