Friday, 7 September 2012

Bekas Juruaudit dakwa DAP Peralat Teoh Beng Hock


PETALING JAYA: Bekas juruaudit DAP cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan kes kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Beliau mendakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP) sengaja menjadikan mendiang sebagai 'kambing hitam' atas kesilapan yang dilakukan pihaknya, selain memutar belitkan fakta berhubung kematian Teoh.


Katanya, ini kerana adalah mustahil bagi seorang pegawai biasa untuk meluluskan sebarang peruntukkan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri. "Teoh 'dipergunakan', sedangkan tidak logik bagi mendiang yang hanya bertugas sebagai pegawai khas untuk menandatangani segala dokumen berkaitan dengan peruntukan dan sebagainya," katanya.

Menurutnya lagi, mendiang pernah memberitahu beliau sebelum ini bahawa dirinya terpaksa melakukan tugas terbabit serta sedia maklum dengan risiko yang bakal diterimanya. "Mendiang pernah berkata, sama ada dia lakukan (tugas) atau tidak dia tetap berdepan dengan masalah besar. Bermakna mendiang hanya dipergunakan, DAP telah memutar belit cerita di media bagi menutup tembelang mereka," katanya pada sidang media.
Mengulas lanjut.......
mengapa baru sekarang beliau membuat dakwaan tersebut, Yap Kon Min berkata pihaknya telah dua tahun berjuang menuntut keadilan atas kematian mendiang seperti membuat laporan kepada polis, SPRM dan Majlis Peguam bagaimanapun usahanya menemui jalan buntu sekali gus disingkirkan dari DAP pada 2011.

Justeru, beliau sekali lagi mendesak agar SPRM dan pihak polis membuka semula kertas siasatan bagi menyiasat kematian Teoh yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'. Teoh merupakan seorang pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah.

Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Bekas pembantu exco Selangor itu ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 April 2009 selepas memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut. sumber

P/s : Ikut logik akal la, takkan la SPRM nk bunuh saksi dia sendiri..

0 comments:

.

.