Thursday, 6 September 2012

Beli kereta hanya guna syiling seberat 300 KG


Duit syiling biasanya tidak dipandang sangat, dan kadang2 ada saja berciciran disekitar kita.
Tetapi berbeza dengan lelaki dari China ini. Dia mengumpulkan dengan gigih duit syiling semata-mata untuk membeli barang yang diimpikannya,iaitu sebuah kereta.

Seorang lelaki china bernama Wang, datang ke sebuah pengusaha pusat jualan kenderaan dengan membawa 60.000 yuan, atau sekitar 9,132 USD untuk digunakan bagi bayaran untuk membeli kereta idamannya. Kebiasaannya kita membeli kereta menggunakan tunai atau sekurang-kurangnya dengan menggunakan cek,namun tidak bagi lelaki ini. Beliau membawa beberapa karung duit syiling.


Wang, menggunakan sebuah van untuk mengangkut tujuh karung syiling tersebut, yang mana berat keseluruhannya mencecah 300 kilogram. Syiling tersebut telah dikumpul hasil dari perniagaannya menjual tepung untuk kedai kuih dan mee. Menurut Wang, dia dapat mengumpulkan duit syiling sekitar 10.000 yuan dalam setiap bulan.
Pihak pusat jualan kenderaan yang dikunjunginya mengaku mengalami kesulitan untuk mencari bank yang mahu menerima pembayaran yang unik ini, kerana kesulitan untuk mengiranya. Namun pusat tersebut bernasib baik kerana hanya satu bank yang sanggup menerima syiling yang diberi oleh Wang, itupun hanya separuh sahaja iaitu 15000 yuan. Bagi pembayaran lebihannya, pusat tersebut perlu mencari alternatif lain.



P/s : Gigihnya lelaki ini mengumpul syiling terbalas dengan kehadiran kereta yang diidamkannya...Anda sanggup??.rony awal2 surrender...hahahah

0 comments:

.

.