Friday, 7 September 2012

Kerajaan BN sediakan Rm300 juta hanya untuk perumahan di Kelantan


KOTA BHARU 7 Sept. - Kelantan merupakan negeri tertinggi menerima skim rumah mesra rakyat yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata, daripada 6,265 permohonan yang diterima sejak 2002 sehingga kini, sebanyak 4,809 telah pun diluluskan pembinaannya di negeri ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, SPNB telah menyiapkan sebanyak 2,814 unit rumah dan selebihnya dalam pembinaan.Katanya, secara keseluruhannya Kerajaan Pusat telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk menyediakan rumah mesra rakyat di negeri ini."
Peruntukan yang dikeluarkan itu sangat besar dan ia jelas menunjukkan Kerajaan Pusat tidak pernah pilih bulu dalam membantu rakyat yang memerlukan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu di Dewan Menengah Kebangsaan ( SMK ) Sultan Ismail di sini hari ini.
P/s : Jom tukar...

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

.

.