Monday, 3 September 2012

Majlis Syura PAS dalam dilema, puak Anwarinas jadi bisu gara2 pengaruh Nasharudin


Seperti yang diketahui umum, pada 9 september ini PAS sekali lagi akan mendepani satu lagi cabaran yang mana pada tarikh tersebut nasib bekas Timbalan Pesidennya , Nasharuddin Mat Isa akan diputuskan.


Isu Nasharudin hangat selepas dia kelihatan menongkah arus dalam perjuangan PAS. Bagi Rony, Nasharudin lebih jujur dalam berpendapat dan kepentingan Islam diletakkan di tahap teratas berbanding pemimpin2 Pas lain yang lebih mengutamakan rakan politik mereka seperti DAP dan PKR. Jadi tidak hairanlah jika  keputusan yang akan dibuat dalam Majlis Syura 9 September ini pasti akan menimbulkan polemik. 



Jika Majlis Syura tdak memihak beliau, kemungkinan PAS sendiri dalam bahaya kerana bukan sedikit pengaruh Nasharudin dalam PAS. Ini kerana Nasharudin pimimpin yang dikenali sebagai anak didik bekas Presiden Pas Ustaz Fadzil Noor. Namun jika Nasharudin terselamat, bagaimana pula pandangan musuh dalam selimut Nasharudin terutama Pengerusi DAP Karpal Singh. Akhir2 ini juga golongan Ulama dalam PAS kelihatan sudah berani bersuara berbanding golongan profesional yang lebih dibayangi puak Anwarinas.

Apa yang pasti suara pemimpin2 PAS ini pasti akan membuatkan Majlis Syura PAS tidak dapat membuat keputusan mudah seperti yang berlaku kepada Hassan Ali..

Timbalan Mursyidul Am PAS (Datuk Dr. Haron Din)


"Kenyatan Nasharudin yang mengesa parti supaya mengkaji semula hubungan dengan PR sehingga mencetskan polemik bukan satu kesalahan."Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir2 ini Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak Hudud. Nasharudin kekal relevan dala PAS walaupun tewas dalam pemilihan Muktamar Lalu kerana beliau ahli Parti dan Ahli Majlis Syura Ulama serta banyak menyumbang dalam perjuangan PAS"



Ketua Dewan Ulama PAS (Datuk Harun Taib)







" Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipu tidak terpilih pada muktamar lalu, beliau masih mampu menyumbang dalam PAS"













Pesuruhjaya PAS Johor ( Datuk Dr. Mahfodz Mohamed)
"Saya sebenarnya yakin pada Ahli Majlis Syura Pas iaitu tidak akan terikut ikut dengan pihak yang mahu mengenepikan Nasharudin. Dengan kata lain tiada keputusan drastik yang akan dibuat yang akan dibuat. Keputusan yang dibuat lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharudin dalam PAS"



P/s : Karpal Singh tengah panas punggung...golongan Anwarinas pulak kecut perut bila Harun Din yang jarang2 bersuara mula main peranan...Anwar Ibrahim?? Macam biasa la seperti tiada apa-apa yang berlaku...


Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

.

.