Thursday, 6 September 2012

Ugut nak Jadi katak jika tak tercalon PRU


Kalau betul la berita kat bawah ni, memang tak patut UMNO simpan pemimpin yang macam ni...apa dia ingat dia dah cukup kuat pengaruh?? Bagi Rony sekarang adalah waktu untuk generasi muda diketengahkan ...Rony juga yakin DS Najib bijak dalam membuat pilihan tanpa terpengaruh dengan berita atau ugutan-ugutan yang sebegini... tapi pemimpin kat atas ni rony yakin setia pada perjuangan partinya..veteran la katakan...hihih berita lanjut klik more





KANGAR - Bekas menteri dan juga masih menjadi Ahli Parlimen di Perlis dikatakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau tidak dicalonkan semula kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau yang pernah dilantik menganggotai kabinet semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila memenangi PRU ke-11 pada 2004, kemudiannya digugurkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil-alih pemerintahan.

Menurut laman Facebook pro-Umno Perlis, beliau juga dikatakan telah mengatur beberapa mesyuarat untuk menentukan nasibnya sekiranya tidak dicalonkan semula.

"Tidak sepatutnya mengugut kepimpinan dalam perjuangan BN, kena lihat apa juga sumbangan beliau semasa menjawat jawatan menteri. Apa yang beliau bawa kepada pembangunan Perlis?

"Umurnya pun sudah semakin meningkat, adalah wajar diberikan kepada pimpinan muda. Ini tidak, mengatur rancangan untuk berpaling tadah pula kepada BN," katanya dipetik Sinar Harian, semalam.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen milik BN dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dua daripadanya dimenangi pembangkang.

Ahli Parlimen di Perlis adalah, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).

Menurut sumber lain, Ahli Parlimen berkenaan juga dikatakan sedang mengintai peluang bertanding kerusi DUN dan menjadi Menteri Besar sekiranya tidak dicalonkan di Parlimen. -sinar harian

P/s : Macam-macam la politik ni...biar dorang nk tunggang terbalik berpolitik..kita sebagai pemerhati dan penilai ni perlu bijak membuat pilihan...yg penting usahlah diperkudakan demi sebuah fahaman.

2 comments:

Herma Julianny said...

kalau sekadar bertanding semata-mata nak berebut kuasa, tak payah jelah undi orang macam dia ni...
kesian rakyat nanti..

roym as said...

Ya benar cikgu...

.

.