Wednesday, 28 November 2012

Harimau luka mengamuk di Bukit Jalil




4-1. Itulah jaringan yang berjaya terhasil dari pertemuan di antara skuad negara dengan Laos di Bukit Jalil sebentar tadi. Perlawanan tadi juga bermakna Harimau Malaya menghidupkan semula peluang untuk mempertahankan Piala yang dimenangi 2 tahun lalu.

Jika dilihat dari penguasaan bola selayaknya pasukan negara boleh mencipta jaringan lebih besar. Ini dapat dilihat dari jentera tengah yang berfungsi baik dan benteng pertahanan yang teguh. Bagi bahagian serangan, jika dinisbahkan dengan jumlah percubaan ke arah gol adalah 10 dan 4 jaringan yang terhasil, jentera serangan boleh dikira baik.


Tahniah kepada semua pemain yang bermain dengan cemerlang. Kualiti permainan pemain juga begitu baik dengan gerakan2 pantas dan hantaran pendek yang tepat. Kredit juga kepada Datuk K. Rajagobal yang mendengar keluhan peminat bola sepak negara dengan membuat perubahan terutama dari segi pemilihan pemain dan taktikal yang telah diterapkan.

Ok, cukup pujian untuk setakat ini, jom kita pandang semula ke depan kerana cabaran selepas inilah yang akan menentukan sejauh mana perjalanan Harimau Malaya untuk edisi kali ini. Bertemu Indonesia diharap pasukan negara dapat menunjukkan persembahan cemerlang seperti perlawanan ini. Kepada Ultras Malaya...apa dh kau buat???hahahha

P/s : Jom ramai2 ke Bukit Jalil sabtu ini..Harimau Malaya memerlukan kita semua..
Published with Blogger-droid v2.0.9

0 comments:

.

.