Saturday, 17 November 2012

Palestin diserang Israel, apa respon Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursy??

Satu satunya negara Islam yang terhampir dengan Palestin yg mungkin boleh diharap untuk membantu Palestin dalam situasi sekarang adalah Mesir. Tidak seperti di zaman Hosni Mubarak dahulu, Mesir dilihat tunduk kepada Israel. Namun dibawah pimpinan Dr. Muhammad Mursy, Mesir dilihat lebih menyebelahi Palestin sehingga menimbulkan rasa tidak senang Israel.

Namun apa reaksi Mesir bila Israel laknatullah mula mempamerkan kezaliman mereka membuli rakyat Palestin??  Ramai mengharapkan agar Mesir melalui Mursy mengambil satu tindakan balas yang sekurang-kurangnya memberi satu tamparan kepada Israel yang selama ini amat mendambakan sokongan Mesir. Namun itu tidak berlaku..mengapa?? Mana janji Mursy kepada rakyat Mesir untuk membela nasib Palestin jika rakyat Mesir memilihnya sebagai Presiden Mesir??

Berikut merupakan jawapan dan sebahagian soalan popular di laman fb Dr. Muhammad Munsy berkenan isu ini...

Soalan :"Mengapa Dr. Muhammad Mursi dan Mesir tidak menyerang Israel? Apa tindakanDr. Mursi? Kenapa Mursi tidak menghantar tentera Mesir ke Israil?"

Jawapan :Sebelum menjawab lanjut, saya ingin memaklumkan tentang beberapa tindakan Presiden Mesir terhadap isu ini:

(1) Beliau telah membuat panggilan talifon kepada pemimpin-pemimpin dunia. Dia menyatakan pendirian mesir yang "Tidak dapat menerima pencerobohan Israil terhadap bumi GAZA". Antara yang dihubunginya adalah :-

Presiden Amarika Barack Obama-

Presiden Perancis Francois Hollande-

Presiden Rusia- Presiden Argentina-

Presiden Turki- Presiden Sudan Omar Basyir -

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma-

Perdana Menteri Britain- Perdana Menteri Itali-

Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan -

Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdul Aziz -

Pemimpin Kuwait Syeikh Sabah Al-Ahmad- dan lain-lain 

(2) Beliau telah menghantar Perdana Menteri Mesir Dr. Hisyam Qindil bagi mewakili Mesir untuk menyatakan sokongan, dokongan, serta menyalurkan bantuan kecemasan.

(3) Beliau telah mengarahkan pintu Rafah dibuka seluas-luasnya bagi menerima pesakit atau orang yang tercedera dari Gaza masuk ke Mesir.-

Kembali kepada jawapan: Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang pemimpin yang bodoh. Beliau merupakan Presiden PERTAMA yang dilantik secara rasmi oleh rakyat, manakala presiden2 sebelum ini dilantik melalui penggulingan kuasa dan kekejaman. Pandangan saya, beliau tidak menghantar secara drastik tentera ke israil tanpa sebarang persediaan. Jika beliau hantar, kemungkinan beliau akan dimusuhi oleh seluruh dunia.

Justeru itulah beliau mewujudkan hubungan dunia dahulu melalui panggilan-panggilannya. Supaya dunia faham akan tindakannya sekarang, nanti, dan akan datang. Hakikatnya, Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang yang gemar duduk di kerusi-kerusi empuk, melihat wayang-wayag taalivison, kemudian tertidur pula dalam persidangan. Beliau adalah pemimpin yang 'Take Action' atas isu dan masalah. 

Persoalannya: Beliau telah melakukan apa yang beliau rasakan ia sesuai ketika ini, namun apa yang kita telah lakukan?? Yang akan ditanya pada kita di akhirat nanti bukanlah tindakan Dr. Muhammad Mursi, tetapi kita akan ditanya tentang apakah tindakan kita? 

Allah Taala berkata :(Maksudnya)"Bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan."[Al-Baqarah: 134]

Sumber : Dr. Muhammad Mursy facebook

P/s : Apa tindakan anda bila ditanya diakhirat?? Sekurang-kurangnya rony hanya hamba Allah yg tiada kuasa dan daya memerangi israel..namun rony tetap memeranngi kebiadaban zionis ini melalui tulisan di blog ini..semoga rakyat palestine dilindungi Allah swt dan membalas kekejaman israel sepertimana tentera abrahah dihujani batu2 api dari neraka...viva palestina..

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

Kaki Sembang said...

terbaik

Blog Keren said...

Tulisan yang bagus.. Informasinya bermanfaat buat umat muslim

.

.